Assalamualaikum w.b.t and hello everyone 👧
So, disebabkan last thursday uols baru dapat keputusan UPU , so today saya mau share sikit tips untuk persiapan before kamu daftar masuk U masing-masing. Sebelum tu TAHNIAH untuk yang berjaya masuk U yang kamu pilih. Yang tidak dapat tu jangan sedih-sedih , try la dulu buat rayuan manatau dapat, atau maybe ada sesuatu yang terbaik untuk kamu selain masuk U. Banyak bah sekarang ni yang boleh kamu buat selain sambung belajar d U. Ada kemahiran, kursus dan banyak la kamu google la hee. *try la google IKM , MARA, IKBN , smua kemahiran ni*. Masuk U ni pun kalau sudah habis nanti belum tentu dapat kerja apa , dapat ka tidak. Yang kami tau sekarang ni kami mau belajar dan berharap dapat kerja. Jadi auntie-auntie, macik-macik, kakak-kakak yang diluar sana jangan la judge-judge graduan yang tidak dapat kerja walaupun sudah habis U, bukan juga diurang pinta begitu 😢. Cuma mungkin rezeki lambat sampai.*okay stop la ni dengan mukadimah*.
Yang saya share ni apa yang saya lalui la ah. Bukan juga saya ingat semua ni. heee. Btw, saya punya U ialah UMS kk. Jadi kalau ada yg dapat ums kk mungkin related la kali entry ni sama kamu.
Okay first saya mau cakap pasal surat tawaran. Kamu baca betul2 apa yang kena minta di sana. Hah, disitu la checklist kamu untuk kamu sediakan apa yang kamu kena buat. Contoh nya dokumen-dokumen yang mau kena salinan yang telah disahkan kah, medical checkup ka , semualah. So, saya nasihatkan as soon kamu dapat surat tawaran dan dapat arahan apa yang U minta kamu buat BUATLAH AWAL-AWAL. Sebab apa nanti kalau kamu buat last-last minute banyak benda yang tertinggal dan kamu pun akan stress. Kalau boleh tulis dalam note kamu checklist apa yang kamu perlu buat.
Okay, yang pasal dokumen tu seingat saya memang banyak tu mau prepare. IC , sijil lahir, sijil2, result *spm,matriks/diploma/STPM*. Belum lagi parents kamu punya, slip gaji, pengakuan tidak bekerja, ic , sijil lahir dorang. Nah kasi sedia la awal-awal. Bukan apa nanti mau minta sah tu di salinan dia. Mau minta sah pun bukannya senang tu. Untuk orang KB pigi ja minta sah sana Botung/PPD sebab semua di sana. Cuma office yang berlainan lah. Contoh ic semua tu d JPN. Kalau sijil-sijil yg pendidikan pny office. Tapi serious busy la mau urus-urus tu. Kenalah berkorban kan. Ini baru permulaan ni untuk menuju kejayaan HAHA. Well manada kejayaan yang datang bergolek kan. Usaha itu penting. Masa ni la mau asah softskill kamu mau berkomunikasi sama pegawai-pegawai di sana.
Seterusnya pasal Medical Checkup. Ini paling saya ingat macam agak isu juga la di group whatsapp kami tahun lalu. Ada yang cakap tidak perlu xray la , perlu lah. So paling selamat buat ja lah. Buat di hospital kerajaan murah walaupun lambat sikit. Part ni paling COMPLICATED mau urus. Tapu bertenang kalau kamu buat AWAL , In Sha Allah senang saja ni 😝. kenapa saya cakap complicated sebab, ada U yang suruh buat ujian air kencing, darah, xray. Dan result semua tu bukan boleh dapat hari yang sama mau 2 minggu la kali yang darah tu *kalau tidak silap saya lah* sebab mcam sy tidak buat . ehhh . lupa sudah . yang penting saya buat semua ni last minute 😇. eh tidak la last sangat macam 2 minggu before masuk ka apa tu. Sebab sy igt tidak payah buat xray , darah , air kencing semua tu. Sebab ada bisikan cakap tidak payah buat 😑. Tah darimana saya dengar tu. Sekali kawan sy cakap buat ja lah nanti tidak payah kita susah-susah mau buat kalau dorg minta 😲. Actually macam UMS kasi bagi excuse juga buat lepas orientasi tapi macam malas la saya tidak kasi complete semua before masuk nanti susah-susah lagi.
Masih lagi pasal MC ni, jadi bila kawan sy sudah cakap buat ja, bapa saya cakap buat jalahh di klinik atau kalau dusun panggil *poribit* HAHA. jadi saya sama bapa sy pigilah di klinik swasta tu kunun masatu di klinik Dr Mathavan *tah betul ka eja nama dia tu* sekalinya mesin xray dia rosak. klinik lain tiadala pula mesin xray. Rasanya di Medisinar tu sekarang ada tapi masa tu klinik tu baru buka so tidak terpikir mau p sana. Pikir punya pikir kami pigi hospital. Sekali nurse tu cakap filem Xray habis 🙀😲😀😰😱. Dia cakap lama lagi baru sampai. hurmm sudahlah lambat sudah saya buat. dia cakap lagi ada juga student tadi mau buat tapi dorg pegi tuaran 😲😲. Kena buat di sana la pulak. So , bapa saya cakap esok ja la kita pigi Tuaran. So esok dia pigi la di klinik *ntah lupa sudah klinik apa tu* di Tuaran. dan siap la MC saya. Kesimpulannya BUAT AWAL-AWAL. Memang panjang proses dia ni. Ndatau la kalau orang lain buat senang ja tapi saya rasa agak complicated juga urusan-urusan saya tu. HAHA.
Ohyaaaaa, jangan lupa gambar passport amatlah diperlukan dalam kuantiti yang BANYAK. btw, saya menawarkan khidmat gambar passport dan cuci tu gambar #donepromotebisnes .
Rasanya itu ja la kali yang penting. Yang lain tu mau kasi sedia keperluan peribadi jalah. Mcam dress code masa orientasi. kalau UMS macam baju sekolah rendah tu. baju putih skirt hitam tudung putih akan dipakai sekali semasa orientasi. ohyaaaa, yuran pulak. Kalau UMS kena bayar di Bank Islam. kena pegi sana lagi tu untuk proses pembayaran. Bayar di kaunter . Better buka akaun Bank Islam terus lah supaya untuk sem akan datang buat pembayaran online ja. dan buatlah awak-awal sebab masa-masa sekarang ni kan memang tu bank akan jadi sardin tu sebab semua student akan pergi bank yang sama untuk proses pembayaran. Itu jak la rasanya. All the best persiapan, buat persediaan awal awal. Biar buat pelan-pelan yang penting siap. Apa-apa soalan tanya di comment, kalau mau fast respond PM or DM ig/fb : Nadia Ambad. Semoga bermanfaat dan membantu kamu semua la entry kali ini. Bye.
p/s: kalau ada yang tertanya-tanya sem depan saya baru second year. Baru last year juga saya buat persiapan tu semua jadi agak fresh la walaupun lupa-lupa ingat sudah. hee 😁
Song
Showing posts with label ums. Show all posts
Showing posts with label ums. Show all posts
Saturday, August 5, 2017
Sunday, December 18, 2016
Study-ing Week !
Assalamualaikum and Hello everybody 😄
Idk why im becoming so lazy to update any entry here 😕. Maybe it is because im too busy with my tittle as first year student. Ya, super busy. But, since now is a study week so im going to do this entry today. enjoy my entry okay 😍
![]() |
| spending a lot of time of editing this due to the bad internet connection 😑 |
Okay, saya mau tulis pasal kehidupan di U sepanjang saya berada di sini untuk sem 1 ni. Basically, semua peraturan saya memang ikut la sebab budak tahun 1 lagi kan, tapi sy mmg budak baik bah 😌 haha. Tapi, serious la saya cakap saya sangat sangat penat 😓, jadual kuliah Isnin-Jumaat semua kelas start jam 8am kecuali hari Khamis ja start jam 11am. Everyday, saya akan tidur lepas Isyak lepas tu bangun jam 1am/2am/3am *bergantung tahap kepenatan* untuk buat assignment dan study. Tapi kadang-kadang sy boleh juga stay up tapi jarang berlaku la sebab jam 8 ja sy memang mengantuk sudah kalau di hostel. Tapi tidak juga kalau sy d rumah. Rutin study awal pagi ni sy mmg amal sejak d Matriks lagi. Tapi sepanjang di MRSM jarang sekali berlaku sebab saya stay up kunun *rupa-rupanya tidak ngam sama saya*. Lepas ja saya habis kelas , kalau habis awal saya sama kawan-kawan sy stay library . kadang2 kami buat assignment grouping, kalau tidak pun untuk tggu kelas seterusnya. takut di bilik tertidur nanti. Tapi masa mau hujung-hujung sem tu selalunya saya lebih memilih untuk balik bilik *tidur* haha. Penat kan , mestilah mau rest.
Lepas habis semua kelas, saya buat la kerja kerja peribadi macam cuci kain, solat, mandi , makan semua , oh lupa lupa , makan sambil tinguk movie. Haha. Masa awal-awal sem, saya sama kawan saya akan turun seawal 6.50 am untuk naik bas pergi fakulti. hah gigih kan mau turun awal. Sebab, memang best kalau turun awal pagi, sejuk-sejuk lagi angin dia tidak payah berebut. Fulamak , mmg 👍. Haha. Tapi pernah kami lambat turun sebab ada test jadi study2 lagi di bilik, sekali ramai orang tunggu bas. macam zombie yang Train To Busan tu mau berebut haha . Tapi saya ada tips untuk kamu naik bas ;
- Jalan dari tepi untuk naik bas jangan tunggu di tengah, sampai bas yang ke-8 pun belum tentu kau dapat naik kalau kau d tengah. Kalau d tepi terus pegi dekat pintu bas and menyelit-nyelit la kau sana. Cun kan . try lah . haha
- Kalau sudah di tengah tapi xcara lain sudah mau keluar p tepi, kalau mau dekat sudah pintu bas kan , terus angkat sebelah kaki letak di pintu bas. kompom kena bagi can naik. hahaha . tidak percaya ? Try lah . 😂
Sila try tips tersebut kalau mau survive naik bas. Haha. Tips ni berguna untuk orang yang lambat sudah pegi kelas. Tapi kalau ada kereta sendiri memang heaven la hidup kau d U. Senang gila mau bergerak. Yang hell nya kau kena korban sikit la duit belanja untuk isi minyak kereta kan. Tapi mau hujung2 sem tu kami selalu lambat turun sebab banyak kerja.
Kalau mau cakap pasal Assignment mmg 😭 loudly saya crying. BANYAK betul. Sebab factor course saya juga kan mmg busy lah. Belum lagi kau mau fikir tutorial Calculus. Kalau kau tidak buat mmg satu apa pun tidak faham ah. So, better buat ja semua. Kasi korban la semua masa enjoy kamu untuk study. Ohya lupa, mesti yang tidak berapa kenal saya tertanya tanya kan apa course saya. Course saya Electronic Engineering (COMPUTER). Memang first choice masa di UPU dulu. Alhamdulillah, rezeki saya dapat. Saya rasa dalam bilik saya tu, saya ja yang setiap hari kena buat kerja oh. Roommate saya yang lain kadang2 banyak betul masa tinguk movie, kadang2 lah, tapi ada juga la masa drg sibuk sikit.
| my konco2 that having same mental illness with me |
Itu memang bikin jeles. tengok The Legend of The Blue Sea lagi tu, yang lakonan si Lee Min Ho baru tu. Yang bikin jeles lagi kan, kelas dorang tiada yang jam 8am 😭. Mohon tabah lah. Sebenarnya bulih ja saya malas-malas kalau saya mau, tapi kemungkinan besar saya akan repeat banyak subject lah. Uih siapa yang mau kan repeat2. So, as for me selagi u have time to do it then do it. Tipulah kalau saya tidak STRESS. Saya rasa hari-hari saya stress, migrain semua. Terfikir juga untuk change my course. Tapi masih waras untuk berfikir so stay sajalah. Saya selalunya tiap 2 weeks sy akan balik rumah. Dekat ja kan bukan macam masa d MRSM sama KML.
Mesti kamu fikir hari sabtu sama ahad free sudah kan. Ala, weekend kan. TIDAK ah! Sabtu sy ada kokum. I choose to be in Lakonan Teater . sebab saya memang minat. Alhamdulillah kelas ni ja satu staunya kelas yang tidak stress. malah kasi hilang stress saya kadang2. But, yesterday was our last meeting 😭. Sedih berpisah sebab saya dapat lecturer yang sangatt sporting, baik dan cantik. hehe. Kawan-kawan pun smua siok dan gila2. Btw, haritu kami buat perfomance untuk Karnival Kokum and we got so many positive feedback. dorang cakap siok. Sy punya watak tentera Jepun ja bah. haha . Nanti ada tu kena upload di YouTube. Nanti sy share la kalau sdh kena upload. Ohya, kalau sy tidak balik rumah malam sabtu tu kena turun lagi untuk latihan Esemtra. itu Club sy untuk di Kolej Kediaman.
Hari ahad la masa untuk siapkan semua kerja untuk hntr next weeknya. Itupun kalau tiada program la. Tapi, stress2, penat2 begini pun, saya tetap tidak kurus . Hairan saya kunun . padahal banyak bah makanan kena jual sini. Terutama fakulti saya lah. sedap2 makanan dia. Susah betul mau kasi turun berat. Haih. Apalagi hari Khamis, ada tamu bah depan fakulti. mmg we save our empty stomach for food from TAMU. haha.
Ini saja la yang saya ingat mau share. Sebab terlampau lama tidak update apa-apa. Sekarang study week tapi saya punya semangat mau belajar entah pigi mna sudah tu. i wish u will come back as soon as possible 😢.
Pray for me so i can answer all the question smoothly ah , especially for the subject that going to kill me. i hope that u can cooperate with me question.
I hope that u enjoy reading my writing.Sorry if u noticed any typo just ignored or just tell me thru comment or chat box. Anything u wanna like to comment so that i can improve it u are kindly invited to leave a comment below or just put a chat at my cute chat box at the side. Enjoy✌
Subscribe to:
Posts (Atom)




