Song

Saturday, August 5, 2017

Student Life : Persediaan ke University

Assalamualaikum w.b.t and hello everyone 👧



So, disebabkan last thursday uols baru dapat keputusan UPU , so today saya mau share sikit tips untuk persiapan before kamu daftar masuk U masing-masing. Sebelum tu TAHNIAH untuk yang berjaya masuk U yang kamu pilih. Yang tidak dapat tu jangan sedih-sedih , try la dulu buat rayuan manatau dapat, atau maybe ada sesuatu yang terbaik untuk kamu selain masuk U. Banyak bah sekarang ni yang boleh kamu buat selain sambung belajar d U. Ada kemahiran, kursus dan banyak la kamu google la hee. *try la google IKM , MARA, IKBN , smua kemahiran ni*. Masuk U ni pun kalau sudah habis nanti belum tentu dapat kerja apa , dapat ka tidak. Yang kami tau sekarang ni kami mau belajar dan berharap dapat kerja. Jadi auntie-auntie, macik-macik, kakak-kakak yang diluar sana jangan la judge-judge graduan yang tidak dapat kerja walaupun sudah habis U, bukan juga diurang pinta begitu 😢. Cuma mungkin rezeki lambat sampai.*okay stop la ni dengan mukadimah*.

Yang saya share ni apa yang saya lalui la ah. Bukan juga saya ingat semua ni. heee. Btw, saya punya U ialah UMS kk. Jadi kalau ada yg dapat ums kk mungkin related la kali entry ni sama kamu.


Okay first saya mau cakap pasal surat tawaran. Kamu baca betul2 apa yang kena minta di sana. Hah, disitu la checklist kamu untuk kamu sediakan apa yang kamu kena buat. Contoh nya dokumen-dokumen yang mau kena salinan yang telah disahkan kah, medical checkup ka , semualah. So, saya nasihatkan as soon kamu dapat surat tawaran dan dapat arahan apa yang U minta kamu buat BUATLAH AWAL-AWAL. Sebab apa nanti kalau kamu buat last-last minute banyak benda yang tertinggal dan kamu pun akan stress. Kalau boleh tulis dalam note kamu checklist apa yang kamu perlu buat.

Okay, yang pasal dokumen tu seingat saya memang banyak tu mau prepare. IC , sijil lahir, sijil2, result *spm,matriks/diploma/STPM*. Belum lagi parents kamu punya, slip gaji, pengakuan tidak bekerja, ic , sijil lahir dorang. Nah kasi sedia la awal-awal. Bukan apa nanti mau minta sah tu di salinan dia. Mau minta sah pun bukannya senang tu. Untuk orang KB pigi ja minta sah sana Botung/PPD sebab semua di sana. Cuma office yang berlainan lah. Contoh ic semua tu d JPN. Kalau sijil-sijil yg pendidikan pny office. Tapi serious busy la mau urus-urus tu. Kenalah berkorban kan. Ini baru permulaan ni untuk menuju kejayaan HAHA. Well manada kejayaan yang datang bergolek kan. Usaha itu penting. Masa ni la mau asah softskill kamu mau berkomunikasi sama pegawai-pegawai di sana.

Seterusnya pasal Medical Checkup. Ini paling saya ingat macam agak isu juga la di group whatsapp kami tahun lalu. Ada yang cakap tidak perlu xray la , perlu lah. So paling selamat buat ja lah. Buat di hospital kerajaan murah walaupun lambat sikit. Part ni paling COMPLICATED mau urus. Tapu bertenang kalau kamu buat AWAL , In Sha Allah senang saja ni 😝. kenapa saya cakap complicated sebab, ada U yang suruh buat ujian air kencing, darah, xray. Dan result semua tu bukan boleh dapat hari yang sama mau 2 minggu la kali yang darah tu *kalau tidak silap saya lah* sebab mcam sy tidak buat . ehhh . lupa sudah . yang penting saya buat semua ni last minute 😇. eh tidak la last sangat macam 2 minggu before masuk ka apa tu. Sebab sy igt tidak payah buat xray , darah , air kencing semua tu. Sebab ada bisikan cakap tidak payah buat 😑. Tah darimana saya dengar tu. Sekali kawan sy cakap buat ja lah nanti tidak payah kita susah-susah mau buat kalau dorg minta 😲. Actually macam UMS kasi bagi excuse juga buat lepas orientasi tapi macam malas la saya tidak kasi complete semua before masuk nanti susah-susah lagi.

Masih lagi pasal MC ni, jadi bila kawan sy sudah cakap buat ja, bapa saya cakap buat jalahh di klinik atau kalau dusun panggil *poribit* HAHA. jadi saya sama bapa sy pigilah di klinik swasta tu kunun masatu di klinik Dr Mathavan *tah betul ka eja nama dia tu* sekalinya mesin xray dia rosak. klinik lain tiadala pula mesin xray. Rasanya di Medisinar tu sekarang ada tapi masa tu klinik tu baru buka so tidak terpikir mau p sana. Pikir punya pikir kami pigi hospital. Sekali nurse tu cakap filem Xray habis 🙀😲😀😰😱. Dia cakap lama lagi baru sampai. hurmm sudahlah lambat sudah saya buat. dia cakap lagi ada juga student tadi mau buat tapi dorg pegi tuaran 😲😲. Kena buat di sana la pulak. So , bapa saya cakap esok ja la kita pigi Tuaran. So esok dia pigi la di klinik *ntah lupa sudah klinik apa tu* di Tuaran. dan siap la MC saya. Kesimpulannya BUAT AWAL-AWAL. Memang panjang proses dia ni. Ndatau la kalau orang lain buat senang ja tapi saya rasa agak complicated juga urusan-urusan saya tu. HAHA.

Ohyaaaaa, jangan lupa gambar passport amatlah diperlukan dalam kuantiti yang BANYAK. btw, saya menawarkan khidmat gambar passport dan cuci tu gambar #donepromotebisnes .

Rasanya itu ja la kali yang penting. Yang lain tu mau kasi sedia keperluan peribadi jalah. Mcam dress code masa orientasi. kalau UMS macam baju sekolah rendah tu. baju putih skirt hitam tudung putih akan dipakai sekali semasa orientasi. ohyaaaa, yuran pulak. Kalau UMS kena bayar di Bank Islam. kena pegi sana lagi tu untuk proses pembayaran. Bayar di kaunter . Better buka akaun Bank Islam terus lah supaya untuk sem akan datang buat pembayaran online ja. dan buatlah awak-awal sebab masa-masa sekarang ni kan memang tu bank akan jadi sardin tu sebab semua student akan pergi bank yang sama untuk proses pembayaran. Itu jak la rasanya. All the best persiapan, buat persediaan awal awal. Biar buat pelan-pelan yang penting siap. Apa-apa soalan tanya di comment, kalau mau fast respond  PM or DM ig/fb : Nadia Ambad. Semoga bermanfaat dan membantu kamu semua la entry kali ini. Bye.

p/s: kalau ada yang tertanya-tanya sem depan saya baru second year. Baru last year juga saya buat persiapan tu semua jadi agak fresh la walaupun lupa-lupa ingat sudah. hee 😁


No comments:

Post a Comment