MP3

Thursday, August 3, 2017

Typical Friends : Jenis-jenis Kawan

Selamat Hari Raya 😍

Assalamualaikum and hii everyone πŸ˜ƒ

So, harini sis rasa rajin mau update belog. So here it is. Entry kali ni saya akan tulis pasal "typical friend" yang saya pernah ada dan saya perhati. Pemerhatian saya ni sebenarya boleh tahan hebat. Sebab saya suka memerhati actually. HAHA. Jangan risau, saya memerhati bukan apa, cuma suka observe orang saja. Manatau one fine day saya kena get to know that person so boleh lah kita tau macam mana dia punya character sikit-sikit. Observing people ni bukannya untuk orang-orang yang terpilih tapi semua saya observe kalau saya lah, as long benda tu depan mata dan saya pun tidak buat apa-apa so dalam diam, otak akan proses bermacam-macam andaian. Jadi dari pemerhatian tu la saya boleh teka some character dia macamana. HAHA. Sesiapa yang baca ni dan dia pun suka observe orang pasti akan faham. HAHA. 

Kita study la sikit. Maksud typical ni dia macam personaliti. Jadi, mungkin ada banyak lagi tapi saya senarai yang saya ingat ja. 

1. "Supporter"

Okay, jenis kawan begini saya memang suka. Pasal apa? Sebab apa-apa yang kau cakap, buat lawak ka apa ka semua kena support buatkan kau tambah semangat mau teruskan perbualan. HAHA. TAPI, jenis ni pun ada kelemahan la sebab bila benda yang tidak bagus kau cakap dia support saja juga susahlah wei. Dia kena pandai-pandai tapis la tahap supportive dia tu. Tapi kawan macam ni memang siok kalau saya. 

2. "Busy Body"

Nah, inilah ni antara perangai yang annoying. Semua dia mau tau, sudah nampak kau tengah sembang dengan orang pelan-pelan bila dia nampak ja terus "apa apa apa? apa kamu cakap ni". πŸ’† kadang-kadang bukan semua benda kita kena share dengan semua orang kan. Jadi pandai-pandai la handle tu perangai. HAHA. Tapi kalau dengan geng-geng yg memang kita close maybe okay. Tapi kalau saya okay ja kalau orang-orang saya mmg close buat begini. Cuma untuk yang tidak berapa . rapat memang annoying HAHA. Sebelum tu saya minta maaf la kalau tanpa sedar saya juga begini. HAHA

3. Suis

Kalau ini pula, dia macam suis (atau switch dalam BI). Boleh turn on, bulih turn off. Kadang dia okay, kadang tidak okay. Kalau mood dia okay UISH! punya  main siok berkawan sama dia. Tapi itulah macam switch kan bulih turn off. So bila dia turn off tu HISH! macam apa saja perangai. Bad mood la semua keluar. HAHA terus tidak siok kawan. Kau pun rasa annoyed la sama dia. Ni saya rasa akan jadi bila lama kau tidak jumpa dia kan terus rasa awkward ni tidak modal kan mau cerita apa, jadi kau dan dia memilih untuk diam. HAHA. Minta maaf la kalau saya pun pernah bad mood tu. tapi kompom la ada tu kadang-kadang saya moody. Biasalah manusia. Kunun πŸ˜…πŸ˜†

4. Pemalu + Pendiam

Kalau yang ni, saya rasa jarang berlaku la kalau dalam geng yang ramai. Sebab mcam apa yang saya nampak, orang yang pemalu pun akan banyak cakap bila sudah jumpa geng-geng dia. Tapi kalau saya ada kawan macam ni dalam geng saya dan, diantara semua ahli geng tu si pemalu + pendiam ni saya tidak rapat kompom  kami AWKWARD kalau kami kena kasi tinggal dua orang. HAHA. Nah, di situlah tu percubaan untuk mengelak untuk berdua sama ni jenis akan berlaku. HAHA. 

5. Jarang jumpa

Ini pula orang yang kau pernah jadikan dia kawan untuk jangka masa yang pendek. Contohnya kamu ni kawan masa KOKUM. Jadi jumpa pun masa kokum yang sekali seminggu , beberapa jam sehari. HAHA. (kokum tu kokurikulum mcam kelab tarian ka kelab silat ka and etc). Jadi bila terjumpa balik hanya sekadar cakap "eh hai" terus senyum kambing 😬 sama dia , dia balas hai kau , dia balas senyum kambing kau dan kau pun cakap "bye". Gitu-gitu ja la kitaran pertemuan selain daripada perjumpaan kelab HAHA. Tapi bila kena tinggal dua orang sama si kawan ni, memang rasa dia lain macam AWKWARD  haha. Kawan-kawan kita yang masa sekolah dulu yang lama tidak jumpa pun kita akan jadi begini juga bah kan kalau tidak biasa sama si kawan ni. 

6. Tembirang : Cakap Besar

Okay, ini punya jenis susah sikit mau percaya ni. Dan saya paling malas mau layan kadang-kadang. Kalau kena lagi moody nah free-free la cerita kau kena krik-krik atau kena laser la kau. Macam la orang tidak tau kau sedang show off. HAHA. Tapi kalau mood okay punya suka juga saya melayan la. Makin kau tanya-tanya makin menjadi jadi tembirang dia tu. Okay contoh dia, dia akan cakap la di pernah melancong di sini di situ, luar negara, dalam negara semua. Tup tup kau realise yg cerita dia tu sebenarnya cerita orang lain πŸ˜‘ what the ... macam la kau tidak mau kawan dia kalau pun dia tidak hebat. As long hati kau suci tu orang boleh ja terima . HAHA. sucilah sangat, Kadang-kadang bila kau tengah bercerita dan dia pun ada time tu, bila kau tengah cerita tentang something yang fancy nah, di situlah tu dia akan mencelah dia pernah la apa la semua, YA YA kau ja la pernah. πŸ˜ͺ

7. Google

Okay yg ini kawan kau yang serba serbi dia tau semua benda. Kalau ada dia nahh jangan risau tanya dia jak. Mcam google la search saja persoalan terus kena jawab kan. 

8. Chipsmore

Kawan-kawan ni pun banyak jenis juga, ada yang pandai hilang-hilang. Bila dia perlu kau dia cari lahh. kalau saya , saya okay ja dengan kawan yg begini CUMA, dia tidak pergunakan saya lah. Contohnya cari saya bila dia mau minta tolong ja πŸ˜‘kawan apa macam tu kann. 

9. Partner in crime

Hah! ini punya jenis pun siok ni. sebab apa-apa kau mau buat benda-benda nakal sikit satu kepala lah kamu. Bukan la nakal yg teruk, nakal sikit-sikit saja bah. HAHA. Selalunya kawan yg macamni lah yg close dengan kau sebab kamu share mental illness yg sama . hehe. Contohnya, kau ada satu kuliah yang kalau kau masuk untuk dengar lecturer bersyarah saja, masuk kelas untuk sign attendance ja lepastu main hp. HAHA . tidak juga selalu sy buat ah, buat masa mengantuk ja. Tapi ada satu hari yg kau mau rasa ponteng kelas tu macamana πŸ˜‚jadi kau dengan geng-geng kau berpakat mau masuk kelas sign attendance ja then keluar. omaigad patutlah dapat B subjek tu 😝. 

Saya rasa ini ja lah mau kasi masuk. Banyak lagi bah actually tapi saya malas sudah mau tulis. HAHA. Cukuplah ni sebab macam boring pula saya rasa apa yg kena tulis ni. Baca ja la kamu kalai rajin. Tahniah kalau kamu sudah baca sampai bawah. 

P/S : Lama sudah ni draft kena simpan cuma tidak pandai habis taip. Jadi saya up saja la nanti bersawang ni entry. Bye. 


No comments:

Post a Comment