MP3

Saturday, August 5, 2017

Student Life : Persediaan ke University

Assalamualaikum w.b.t and hello everyone πŸ‘§



So, disebabkan last thursday uols baru dapat keputusan UPU , so today saya mau share sikit tips untuk persiapan before kamu daftar masuk U masing-masing. Sebelum tu TAHNIAH untuk yang berjaya masuk U yang kamu pilih. Yang tidak dapat tu jangan sedih-sedih , try la dulu buat rayuan manatau dapat, atau maybe ada sesuatu yang terbaik untuk kamu selain masuk U. Banyak bah sekarang ni yang boleh kamu buat selain sambung belajar d U. Ada kemahiran, kursus dan banyak la kamu google la hee. *try la google IKM , MARA, IKBN , smua kemahiran ni*. Masuk U ni pun kalau sudah habis nanti belum tentu dapat kerja apa , dapat ka tidak. Yang kami tau sekarang ni kami mau belajar dan berharap dapat kerja. Jadi auntie-auntie, macik-macik, kakak-kakak yang diluar sana jangan la judge-judge graduan yang tidak dapat kerja walaupun sudah habis U, bukan juga diurang pinta begitu 😒. Cuma mungkin rezeki lambat sampai.*okay stop la ni dengan mukadimah*.

Yang saya share ni apa yang saya lalui la ah. Bukan juga saya ingat semua ni. heee. Btw, saya punya U ialah UMS kk. Jadi kalau ada yg dapat ums kk mungkin related la kali entry ni sama kamu.


Okay first saya mau cakap pasal surat tawaran. Kamu baca betul2 apa yang kena minta di sana. Hah, disitu la checklist kamu untuk kamu sediakan apa yang kamu kena buat. Contoh nya dokumen-dokumen yang mau kena salinan yang telah disahkan kah, medical checkup ka , semualah. So, saya nasihatkan as soon kamu dapat surat tawaran dan dapat arahan apa yang U minta kamu buat BUATLAH AWAL-AWAL. Sebab apa nanti kalau kamu buat last-last minute banyak benda yang tertinggal dan kamu pun akan stress. Kalau boleh tulis dalam note kamu checklist apa yang kamu perlu buat.

Okay, yang pasal dokumen tu seingat saya memang banyak tu mau prepare. IC , sijil lahir, sijil2, result *spm,matriks/diploma/STPM*. Belum lagi parents kamu punya, slip gaji, pengakuan tidak bekerja, ic , sijil lahir dorang. Nah kasi sedia la awal-awal. Bukan apa nanti mau minta sah tu di salinan dia. Mau minta sah pun bukannya senang tu. Untuk orang KB pigi ja minta sah sana Botung/PPD sebab semua di sana. Cuma office yang berlainan lah. Contoh ic semua tu d JPN. Kalau sijil-sijil yg pendidikan pny office. Tapi serious busy la mau urus-urus tu. Kenalah berkorban kan. Ini baru permulaan ni untuk menuju kejayaan HAHA. Well manada kejayaan yang datang bergolek kan. Usaha itu penting. Masa ni la mau asah softskill kamu mau berkomunikasi sama pegawai-pegawai di sana.

Seterusnya pasal Medical Checkup. Ini paling saya ingat macam agak isu juga la di group whatsapp kami tahun lalu. Ada yang cakap tidak perlu xray la , perlu lah. So paling selamat buat ja lah. Buat di hospital kerajaan murah walaupun lambat sikit. Part ni paling COMPLICATED mau urus. Tapu bertenang kalau kamu buat AWAL , In Sha Allah senang saja ni 😝. kenapa saya cakap complicated sebab, ada U yang suruh buat ujian air kencing, darah, xray. Dan result semua tu bukan boleh dapat hari yang sama mau 2 minggu la kali yang darah tu *kalau tidak silap saya lah* sebab mcam sy tidak buat . ehhh . lupa sudah . yang penting saya buat semua ni last minute πŸ˜‡. eh tidak la last sangat macam 2 minggu before masuk ka apa tu. Sebab sy igt tidak payah buat xray , darah , air kencing semua tu. Sebab ada bisikan cakap tidak payah buat πŸ˜‘. Tah darimana saya dengar tu. Sekali kawan sy cakap buat ja lah nanti tidak payah kita susah-susah mau buat kalau dorg minta 😲. Actually macam UMS kasi bagi excuse juga buat lepas orientasi tapi macam malas la saya tidak kasi complete semua before masuk nanti susah-susah lagi.

Masih lagi pasal MC ni, jadi bila kawan sy sudah cakap buat ja, bapa saya cakap buat jalahh di klinik atau kalau dusun panggil *poribit* HAHA. jadi saya sama bapa sy pigilah di klinik swasta tu kunun masatu di klinik Dr Mathavan *tah betul ka eja nama dia tu* sekalinya mesin xray dia rosak. klinik lain tiadala pula mesin xray. Rasanya di Medisinar tu sekarang ada tapi masa tu klinik tu baru buka so tidak terpikir mau p sana. Pikir punya pikir kami pigi hospital. Sekali nurse tu cakap filem Xray habis πŸ™€πŸ˜²πŸ˜€πŸ˜°πŸ˜±. Dia cakap lama lagi baru sampai. hurmm sudahlah lambat sudah saya buat. dia cakap lagi ada juga student tadi mau buat tapi dorg pegi tuaran 😲😲. Kena buat di sana la pulak. So , bapa saya cakap esok ja la kita pigi Tuaran. So esok dia pigi la di klinik *ntah lupa sudah klinik apa tu* di Tuaran. dan siap la MC saya. Kesimpulannya BUAT AWAL-AWAL. Memang panjang proses dia ni. Ndatau la kalau orang lain buat senang ja tapi saya rasa agak complicated juga urusan-urusan saya tu. HAHA.

Ohyaaaaa, jangan lupa gambar passport amatlah diperlukan dalam kuantiti yang BANYAK. btw, saya menawarkan khidmat gambar passport dan cuci tu gambar #donepromotebisnes .

Rasanya itu ja la kali yang penting. Yang lain tu mau kasi sedia keperluan peribadi jalah. Mcam dress code masa orientasi. kalau UMS macam baju sekolah rendah tu. baju putih skirt hitam tudung putih akan dipakai sekali semasa orientasi. ohyaaaa, yuran pulak. Kalau UMS kena bayar di Bank Islam. kena pegi sana lagi tu untuk proses pembayaran. Bayar di kaunter . Better buka akaun Bank Islam terus lah supaya untuk sem akan datang buat pembayaran online ja. dan buatlah awak-awal sebab masa-masa sekarang ni kan memang tu bank akan jadi sardin tu sebab semua student akan pergi bank yang sama untuk proses pembayaran. Itu jak la rasanya. All the best persiapan, buat persediaan awal awal. Biar buat pelan-pelan yang penting siap. Apa-apa soalan tanya di comment, kalau mau fast respond  PM or DM ig/fb : Nadia Ambad. Semoga bermanfaat dan membantu kamu semua la entry kali ini. Bye.

p/s: kalau ada yang tertanya-tanya sem depan saya baru second year. Baru last year juga saya buat persiapan tu semua jadi agak fresh la walaupun lupa-lupa ingat sudah. hee 😁


Thursday, August 3, 2017

Typical Friends : Jenis-jenis Kawan

Selamat Hari Raya 😍

Assalamualaikum and hii everyone πŸ˜ƒ

So, harini sis rasa rajin mau update belog. So here it is. Entry kali ni saya akan tulis pasal "typical friend" yang saya pernah ada dan saya perhati. Pemerhatian saya ni sebenarya boleh tahan hebat. Sebab saya suka memerhati actually. HAHA. Jangan risau, saya memerhati bukan apa, cuma suka observe orang saja. Manatau one fine day saya kena get to know that person so boleh lah kita tau macam mana dia punya character sikit-sikit. Observing people ni bukannya untuk orang-orang yang terpilih tapi semua saya observe kalau saya lah, as long benda tu depan mata dan saya pun tidak buat apa-apa so dalam diam, otak akan proses bermacam-macam andaian. Jadi dari pemerhatian tu la saya boleh teka some character dia macamana. HAHA. Sesiapa yang baca ni dan dia pun suka observe orang pasti akan faham. HAHA. 

Kita study la sikit. Maksud typical ni dia macam personaliti. Jadi, mungkin ada banyak lagi tapi saya senarai yang saya ingat ja. 

1. "Supporter"

Okay, jenis kawan begini saya memang suka. Pasal apa? Sebab apa-apa yang kau cakap, buat lawak ka apa ka semua kena support buatkan kau tambah semangat mau teruskan perbualan. HAHA. TAPI, jenis ni pun ada kelemahan la sebab bila benda yang tidak bagus kau cakap dia support saja juga susahlah wei. Dia kena pandai-pandai tapis la tahap supportive dia tu. Tapi kawan macam ni memang siok kalau saya. 

2. "Busy Body"

Nah, inilah ni antara perangai yang annoying. Semua dia mau tau, sudah nampak kau tengah sembang dengan orang pelan-pelan bila dia nampak ja terus "apa apa apa? apa kamu cakap ni". πŸ’† kadang-kadang bukan semua benda kita kena share dengan semua orang kan. Jadi pandai-pandai la handle tu perangai. HAHA. Tapi kalau dengan geng-geng yg memang kita close maybe okay. Tapi kalau saya okay ja kalau orang-orang saya mmg close buat begini. Cuma untuk yang tidak berapa . rapat memang annoying HAHA. Sebelum tu saya minta maaf la kalau tanpa sedar saya juga begini. HAHA

3. Suis

Kalau ini pula, dia macam suis (atau switch dalam BI). Boleh turn on, bulih turn off. Kadang dia okay, kadang tidak okay. Kalau mood dia okay UISH! punya  main siok berkawan sama dia. Tapi itulah macam switch kan bulih turn off. So bila dia turn off tu HISH! macam apa saja perangai. Bad mood la semua keluar. HAHA terus tidak siok kawan. Kau pun rasa annoyed la sama dia. Ni saya rasa akan jadi bila lama kau tidak jumpa dia kan terus rasa awkward ni tidak modal kan mau cerita apa, jadi kau dan dia memilih untuk diam. HAHA. Minta maaf la kalau saya pun pernah bad mood tu. tapi kompom la ada tu kadang-kadang saya moody. Biasalah manusia. Kunun πŸ˜…πŸ˜†

4. Pemalu + Pendiam

Kalau yang ni, saya rasa jarang berlaku la kalau dalam geng yang ramai. Sebab mcam apa yang saya nampak, orang yang pemalu pun akan banyak cakap bila sudah jumpa geng-geng dia. Tapi kalau saya ada kawan macam ni dalam geng saya dan, diantara semua ahli geng tu si pemalu + pendiam ni saya tidak rapat kompom  kami AWKWARD kalau kami kena kasi tinggal dua orang. HAHA. Nah, di situlah tu percubaan untuk mengelak untuk berdua sama ni jenis akan berlaku. HAHA. 

5. Jarang jumpa

Ini pula orang yang kau pernah jadikan dia kawan untuk jangka masa yang pendek. Contohnya kamu ni kawan masa KOKUM. Jadi jumpa pun masa kokum yang sekali seminggu , beberapa jam sehari. HAHA. (kokum tu kokurikulum mcam kelab tarian ka kelab silat ka and etc). Jadi bila terjumpa balik hanya sekadar cakap "eh hai" terus senyum kambing 😬 sama dia , dia balas hai kau , dia balas senyum kambing kau dan kau pun cakap "bye". Gitu-gitu ja la kitaran pertemuan selain daripada perjumpaan kelab HAHA. Tapi bila kena tinggal dua orang sama si kawan ni, memang rasa dia lain macam AWKWARD  haha. Kawan-kawan kita yang masa sekolah dulu yang lama tidak jumpa pun kita akan jadi begini juga bah kan kalau tidak biasa sama si kawan ni. 

6. Tembirang : Cakap Besar

Okay, ini punya jenis susah sikit mau percaya ni. Dan saya paling malas mau layan kadang-kadang. Kalau kena lagi moody nah free-free la cerita kau kena krik-krik atau kena laser la kau. Macam la orang tidak tau kau sedang show off. HAHA. Tapi kalau mood okay punya suka juga saya melayan la. Makin kau tanya-tanya makin menjadi jadi tembirang dia tu. Okay contoh dia, dia akan cakap la di pernah melancong di sini di situ, luar negara, dalam negara semua. Tup tup kau realise yg cerita dia tu sebenarnya cerita orang lain πŸ˜‘ what the ... macam la kau tidak mau kawan dia kalau pun dia tidak hebat. As long hati kau suci tu orang boleh ja terima . HAHA. sucilah sangat, Kadang-kadang bila kau tengah bercerita dan dia pun ada time tu, bila kau tengah cerita tentang something yang fancy nah, di situlah tu dia akan mencelah dia pernah la apa la semua, YA YA kau ja la pernah. πŸ˜ͺ

7. Google

Okay yg ini kawan kau yang serba serbi dia tau semua benda. Kalau ada dia nahh jangan risau tanya dia jak. Mcam google la search saja persoalan terus kena jawab kan. 

8. Chipsmore

Kawan-kawan ni pun banyak jenis juga, ada yang pandai hilang-hilang. Bila dia perlu kau dia cari lahh. kalau saya , saya okay ja dengan kawan yg begini CUMA, dia tidak pergunakan saya lah. Contohnya cari saya bila dia mau minta tolong ja πŸ˜‘kawan apa macam tu kann. 

9. Partner in crime

Hah! ini punya jenis pun siok ni. sebab apa-apa kau mau buat benda-benda nakal sikit satu kepala lah kamu. Bukan la nakal yg teruk, nakal sikit-sikit saja bah. HAHA. Selalunya kawan yg macamni lah yg close dengan kau sebab kamu share mental illness yg sama . hehe. Contohnya, kau ada satu kuliah yang kalau kau masuk untuk dengar lecturer bersyarah saja, masuk kelas untuk sign attendance ja lepastu main hp. HAHA . tidak juga selalu sy buat ah, buat masa mengantuk ja. Tapi ada satu hari yg kau mau rasa ponteng kelas tu macamana πŸ˜‚jadi kau dengan geng-geng kau berpakat mau masuk kelas sign attendance ja then keluar. omaigad patutlah dapat B subjek tu 😝. 

Saya rasa ini ja lah mau kasi masuk. Banyak lagi bah actually tapi saya malas sudah mau tulis. HAHA. Cukuplah ni sebab macam boring pula saya rasa apa yg kena tulis ni. Baca ja la kamu kalai rajin. Tahniah kalau kamu sudah baca sampai bawah. 

P/S : Lama sudah ni draft kena simpan cuma tidak pandai habis taip. Jadi saya up saja la nanti bersawang ni entry. Bye. 


Sunday, July 2, 2017

Cara Edit Gambar Blur Background Menggunakan Android

Assalamualaikum and Hi everyone 😊

So today saya mau share sama kamu semua macamana mau dapat gambar-gambar lawa untuk kamu upload di account-account social media kamurang. 


Contoh


Simple ja cara dia ni. Benda wajib yang ada hanya sebiji Smartphone. Haritu saya ada nampak tutorial edit gambar blur background tapi guna Appstore/ios ataupun general dia guna Iphone. Jadi untuk golongan-golongan marhean macam saya ni HAHA yang ada smartphone biase-biase je, kita boleh apply method yang saya akan ajar ni. Tutorial ni khas untuk kawan-kawan saya yang tanya " macamna kau edit gambar tu nad?". Nah macam ini kawan-kawan; 

1. Install apps AfterFocus dengan VSCO *ini xda pun boleh* di Play Store 



Nampak kan logo apps tu. VSCO tu xda
pun boleh, tapi untuk dapat gambar yang
 sharp dan perfect *ceh* install lah 😁

2. Buka apps AfterFocus






Pilih lah gambar dari album atau snap terus dari apps ni pun boleh. Lepas pilih gambar yang kamurang mau edit tu, keluar la guide macam gambar atas ni, kamu pilih la mau guna smart atau manual. kalau saya biasa guna manual. Itu untuk select area yang kamu tidak mau blur untuk gambar kamu nanti. Bingung ? Okay keep reading ah.

3. Select area yang kamu tidak mau blur






Untuk yang ini, adakan tools sebelah kiri tu, tidak payah kacau yang tu, kamu boleh kasi zoom in and zoom out image ni guna dua jari. So untuk select area yang kamu tidak mau blur, guna satu jari saja kasi jadi warna merah macam yang saya buat di gambar di atas ni. Perlu kesabaran yang tinggi untuk part ni. Tips dia, kamu zoom in la area yang kamu tidak mau blur and select lah dengan teliti dan sabar. HAHA. Ingat yang kamu select/warnakan merah tu yang kamu tidak mau blur ah. 

4. Tekan next dan sesuaikan rate blur background ikut citarasa sendiri






Hah! Jadi pun. Lepas kamu main-main sama kaler merah tu, tekan ja next tu. Then dapatlah hasil begini. Tekan blur dan pandai-pandai lah kamu pilih rate blur dia. Tips jangan la terlampau blur nanti tidak lawa HAHA. Boleh lah kamu try-try filter atau effect dari sini juga. Kalau kena di hati tu tidak payah sudah edit dri VSCO.Actually lawa-lawa juga filter dri AfterFocus ni. Untuk yang tidak mau install VSCO sampai sini ja la step dia. Jangan lupa save. Nanti lepas save, cari di gallery. Kalau yang mau gambar ni lagi boom keep reading okayy.




5. Buka apps VSCO


Ini susah sikit oh part ni. Nanti dia suruh sign in or sign up tu, kalau tidak mau pun boleh skip ja yang tu. Tapi jangan risau kamu ikut ja step sy ni. Kamu tekan nanti yang paling tengah bila kamu open apps VSCO ni, nanti keluar la seperti gambar di bawah ni,






Tekan button plus + tu and pilih lah gambar yang dari AfterFocus tu. Nanti dia akan keluar macam di atas, pilih la gambar mana yang mau edit sharp segala lightning tu semua then tekan yang button kedua dari kiri di bawah tu. 

6. Pilih Effect dari VSCO






Pilih la filter yang kamu suka.Untuk gambar ni saya guna G3. Boleh ejes juga rate dia tu. Macam gambar bawah ni, kamu pilih lah filter kamu mau macam G3 la contoh then tekan G3 tu lagi balik untuk dapat macam gambar bawah ni. 









7. Untuk lagi sharp boleh edit lagi *skip step ni pun boleh*






Tekan logo effect tu *kedua dari kiri* then boleh la kamu explore tools yang ada. Try and error ja mana kamu rasa cantik guna lah. Exposure ka dulu then try contrast, then swipe pegi right side pun ada banyak lagi contohnya sharp semua shadow. Pandai-pandai lah explore ah. 

8. Tadaa. Sia payung sikit la collection gambar yang saya sudah edit. 



Tidak la lawa sangat tapi bolehlah untuk taraf "edited using Andoid" πŸ˜‚









Photoshoot terus lepas open house. Location : Kampungku πŸ˜†



Okay gambar ni yang version pure from AfterFocus punya. Tiada guna VSCO untuk yang ini.





Bah saya rasa macam ini-ini ja step dia. Kalau macam ada kamu tidak faham feel free untuk tanya saya melalui comment di bawah atau email (naydeaxha13@gmail.com) atau dm saya di FB (Nadia Ambad) *terus ja dm tidak payah add πŸ˜‚* lah. Sebab ig, twitter, wp saya private *kecuali untuk kawan-kawan yg mmg sedia kenal lah* πŸ˜€. Kalau kamu rasa entry ni bermanfaat jangan lupa share sama kawan-kawan. Saya minta maaf juga kalau ada kekurangan untuk tutorial ni, sebab saya tunjuk ni memang cara saya edit. Kalau ada tertinggal untuk tutorial ni minta maaf lah ya 😁. Tutorial ni khas untuk kawan-kawan yang tanya macamana saya edit gambar. So nahh. 

p/s: kenapa rajin sangat buat entry pasal tutorial edit gambar? sebab saya tengah bercuti panjang yang lebih kurang mau 3 bulan πŸ˜‚. So im looking forward kerja-kerja buang boring sementara tunggu sem baru start. HAHA. tapi inilah minat saya ni edit-edit. Bye. 

Thanks for reading.

Behind The Scene πŸ‘‡


Gambar favorite saya masa. Location dirahsiakan sebab kalau mau google maps pun tiada tu πŸ˜‚





Miss Photographer kami yang masih newbie tapi hasil dia πŸ‘πŸ‘


Kanak-kanak riang πŸ˜‚



Bersih dari sebarang filter. GSS πŸ˜‚ lawakan view dia 



Sis Lily Photographer terjun juga πŸ˜‚























Sunday, May 21, 2017

Pinky-Minky

Assalamualaikum w.b,t and hii semuaa :)

Harini sis macam rajin mau tulis entry baru tapi without any picture laa okay . haha . kalau ada picture memang take time la sis mau menghupdate belog ini. Okay sy rasa-rasa mau update pasal my favoritos colour which is pink! tengg. hehe

Kenapa minat pink ? Any story related to pink ?

1.Okay sy minat pink ni bukan sebab sy mau trip2/buat2 comel ah. Tapi serious memang addicted sama colour ni. Entahla tapi rasa macam pink ni cute-cute ja barang-barang dia. Lagi satu kalau tengok ja kaler pink terus rasa tenang. eh ? haha.

2. Saya juga bukanlah sejenis yang gegirl okay. Saya ni kasar ni. giteww. Tapi pakai beg pink, kasut pink*sem1* , botol pink, bekas pensil pink. eh eh most of my stuff kaler pink lah. Tapi kalau kamu kenal saya, saya ni bukan jenis2 yang lembut, suara pelan *bukan saya itu*. saya ni bercakap pun kuat, kuat ketawa lagi *tapi bertempat lah* haha. Tapi minat pink. eh . confuse identity ka apaa. Haha. Tapi yalahh itu luaran jaa kan , deep in my heart , saya ni sangat sensitive . ecece. Serious  sensitive, kadang2 nampak ja okay kalau depan2, tapi saya akan fikir balik benda yang buat sy terasa tu , hehe *bukan pendam ah* . Then lupakan macam tu ja la lepas cakap benda tu dengan someone. Overthinking tu apalagi, saya la tu . haha

3. Dulu, i used to said green tu pebret saya. Sebab , saya tidak tau pun yang kita ni kena ada warna kegemaran. haha. masa kecil dulu lah. Kakak sy cakap dia suka warna hijau. eh , kita kena ada warna kegemaran ka pula.haha. *okay ni tipu, bukanla wajib kena ada pebret colour pun* Okay, then bila orang tanya sy akan ckp hijau. Jadi bila beli barang2 sekolah, *sejenis yang suka untuk seragamkan tema barang sekolah setiap tahun* saya akan beli warna hijau. Tapi, rasa macam waittt, macam tidak kena saja. haha. end up rasa warna pink la yang kena. Tapi, hijau is still sy punya list la pebret kaler. Hijau kan warna kegemaran nabi :)

4. Baru-baru ni , bapa sy renovate sy punya bilik and teka apa ? Haha. Bilik saya kena cat warna pink. *love love* . Patut la haritu mami sy call double confirmkan pebret kaler sy pink. hurmm. Kenapa bapa sy renovate & cat bilik saya warna pink? sebab.... saya tidak suka bilik lama saya, setiap kali balik dari hostel saya akan angkut segala barangan tidur dan bawa pegi bilik kakak saya di bawah . hehe. So, kalau dorang balik rumah, saya akan angkut pula barang2 sy pegi bilik parents saya, bentang tilam di lantai dan tidur. ataupun angkut pegi ruang tamu. haha , dorang bilang macam gelandangan sudah. oh goshh. HAAHAA. so dorang renovate and sekarang kalau mami saya offer tidur di bilik dorang pun saya akan "tidak mau" sebab i love my room so much *love love*. walaupun saturang ja di atas kalau penghuni2 di atas tidak balik rumah saya tetap stay. *selalunya penakut* haha.

5. Kalau cari barang pun warna pink yang paling menawan.

Okaylah itu ja sy rasa. So, jangan la relate perangai sy ni sama warna kegemaran okay. HAHA . lots of love . Nadia.

p/s: esok week 14 sudah. last week untuk pegi kelas segala then study week. Bulan Ramadhan pun is just around the corner. wah tidak sabar sudahh ni. mau berterawih semua kan.i love bulan Ramadhan.  okaylah bye got 2 big test next week.dan baru study sikit2 *cryyy* because saya malas weekend ni. pray the best for me. love u all my reader. kalau rasa mau comment , comment ja . comment yang baik-baik okay :) maafkan segala typo kalau ada. sis malas mau check xD